Thursday, July 22, 2010

TerBanGkiT diKala PaGi~

<> Ketika sedang lena dibuaian mimpi....tiba2 aku terbangkit dikala pagi jumaat yang amat sunyi...keadaan tekak yang perit disulami batuk yang tidak menyenangkan...aku memandang di telefon bimbitku melihat jam waktu sekarang...o00o0o0 sudah pagi nmpaknyer...ku cube melelapkan mata namun apa kan daya mata ini tidak rela beradu untuk seketika...

<> lantas ku memandang terus bersudut tepat kearah kipas yang berpusing tanpa jemu...ada atau tidak aku, engkau tetap berpusing..begitu juga dgn exzos fan di sisi dinding ini...
Yang ku dengari hanyalah putaran kipas dan titisan air paip titis demi titis terus dari kamar mandi...

"kau..jelmalah engkau...beraksi rindu....mimpi mimpiku..."
"malam...digerbang luka...menggarap cinta....suratan resah..."

lirik jinbara-hilang kian mengiang difikiran.....

<>terasa ingin berpuitis dikala pagi yang hanya aku seorang sahaja yang masih cerah terkebil2 tanpa tujuan arahnya...
lantas aku menggerakkan tubuhku yang masih lemah ditarik oleh sang katil untuk aku bersamanya..aku tetap melawan..melawan untuk bangkit ke kerusi lalu aku mmbuka laptop ku...tiada apa yang perlu dibuka melainkan meluahkan segala isi yang tersirat didalam blog ku...

<>oh nmpaknya kerajinan kian terserlah untuk aku mengupdate isi kandungan didalamnya....terus aku petah menaip sambil menjana idea2 yang perlu ku adaptasikan kedalam blog ini...

<>biarlah...
biarlah ape yang diluar sana ingin lontarkan pada ku mengenai coretan2 yang x seberapa ini...
bagi ku ianya idea ku dan datangnya dari hasil fikiran ku dan bukannya kamu...coretan2 inilah yang menguatkan aku untuk meneruskan kehidupan di tatkala kerunsingan menjelma yang semakin mengasak kehidupan ini...

<>kedengaran bunyi kenderaan diluar sana yang semakin lama semakin aku dapat membilang pertambahannya dari masa ke semasa...menunjukkan makhluk manusia kian giat keluar mencari rezeki dengan menggunakan jalan sebagai medium perhubungan yang utama... lantas aku perlu mmberhentikan sementara coretan nukilan idea ini demi memberi peluang kepada tubuhku untuk berehat seketika sebelum ke kelas menuntut ilmu...

<>sekian la sahaja nukilan ku di pagi jumaat yang penuh berkat ini... ku akhiri dengan assalamualaikum dan salam sejahtera....

No comments:

Post a Comment