Friday, February 26, 2010

aktiviti

sebagai seorang penuntut institut pengajian tinggi, adalah tidak sah sekiranye korang tidak pernah menceburi aktiviti yang dianjurkan oleh universiti. Setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai objektif yang tertentu diantaranya untuk merapatkan lagi hubungan antara pelajar2 dengan masyarakat. Jadi terpulang kepada pelajar tersebut untuk menyertai mana2 aktiviti tersebut asalkan ianya sihat dan positif.

Pernah tak korang join aktiviti program baktisiswa?? secara ringkasnye aktiviti ni, pelajar turun padang menjalankan aktiviti bersama penduduk kampung. Secara tidak langsungnya kita dapat menjalin hubungan silaturrahim dengan penduduk. Paling best sekali aku nak kongsi dengan korang adalah dengan program ni, kite akan dapat berkongsi kehidupan masyarakat yela kan kalo seorang pelajar tue tggal di bandar, hidup senang, jadi diorang boleh rase macam mane kehidupan susah dan sebaliknya. Justeru, bagi aku, kite akan dapat satu nilai penghayatan dan aku pasti akan lahir satu sifat kesyukuran didalam hati kite....


hmmm susah betul nk terangkan dengan lebih lanjut. Ape kate korang join aktiviti kemasyarakatan macam ni jadi boleh la korang sendiri menilainye Ambil yang jernih, buang yang keruh. disini aku ade memaparkan sedikit gambar pada link dibwah aktiviti baktisiswa yang aku join pada cuti sem lepas.

http://s877.photobucket.com/albums/ab331/frankiefraud/

Tahukah kamu

Aku pasti ade yang benci makan petai….adakah korang salah seorang daripadanya??? Petai adalah sejenis ulam yang boleh dimakan begitu sahaja. Rata-rata mereka yang anti kepada petai ini adalah disebabkan bau busuk empunye badan yang makan petai…mane tak nye.. bile bercakap berbau busuk, bile kencing confirm toilet akan berbau agak tidak menyenangkan..hehehe….disini, aku nak kasi tips sket kat korang macam mane nak hilangkan atau mengurangkan bau busuk selepas makan petai

Selepas makan, ambil sedikit beras. Masukkan beras tadi bersama sedikit air didalam mulut dan kunyah sehingga hancur . Kunyah dalam 5 minit dan kemudian keluarkan beras tersebut.. insyallah bau busuk pada mulut akan hilang.

Tahukah korang bahawa petai mempunyai bnyak khasiat bagi mereka yang mengamalkannye… Berdasarkan kajian, buah petai dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus,zat besi, vitamin A, B1 dan C haa…tgok tue… complete set dengan pelbagai jenis vitamin dan korang tak payah nak beli vitamin kat farmasi pun.

Selain daripada itu kawan, dalam perubatan tradisional melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, ia juga dikatakan boleh mencuci buah pinggang, serta dapat mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang mengalami kecacingan.

Jadi bagi mereka yang tidak penak mencube makan buah petai atau anti kepadanya ini, ape kate korang cube sambal petai, sambal udang + petai dan sebagainye... sure syok! selamat mencube

siapakah budakpetai???



hmmmm....didalam otak ni memikirkan apekah nme blog yg sesuai untuk aku letak kat sini... tibe-tibe terfikir pulak asal kampung ku di Alor Gajah iaitu kampung Sungai Petai... bile pertame kali mendengar name kampung aku mesti rse macam agak pelik name tue ye... biaselah orang dulu2 kat daerah alor gajah nie, bile jumpe satu kawasan mereka akan menamakan sempena kededukan geografi, demografi dan beberape ciri2 seupamanye kawasan tersebut... maka terciptalah nama sungai petai..

al kisah ketika berada di tingkatan satu, para senior menanyekan aku tempat tinggal aku.. maka aku pun menjawab dengan selambe & kuat2 " saya tinggal di Sungai Petai". Senior pun memblurkan dirinye kerana macam tak pernah dengar name tempat tu..Ketika itulah bermulalah name gelaran petai kepada ku...siot....

mukadimah

hello...kepade blogger dan pembace sume..aku baru lagi didalam menceburi bidang blog ni. So didalam permulaan nie sila beri pandangan dan komen anda.
terima kasih :)