Monday, August 30, 2010

::MiSteRi SiAPa LaiLa??::


<>last time aku de post pasal lagu "siapa laila" dari band khalifah..setelah mendengar bnyk kali dan berulang2..aku kat sini nk describe sket pengertian lirik lagu "siapa laila" ni..

<>Laila adelah seorang gadis melayu yang menjadi idaman setiap pemuda....dari pandangan mata, Laila seorang gadis yang ayu dengan wajah dan tingkah laku peribadinya.. sejuk mata memandang. Gadis yang penuh misteri ini terus manjadi pujaan hati penulis tersebut... penulis beranggapan dirinya itu mendakapkan cinta Laila (syok sendiri)..namun..hanyanyalah tagihan kasih yang tidak berbalas..

<>Usaha yang penuh murni didalam mendekati Laila bukan lah semudah yang disangka.. pernah penulis mengirimkan sepucuk salam kepada Laila namun ucapan salam tidaklah terbalas seperti yang diharapkan...siapa laila?

<>Nama Laila amat sukar untuk ditafsirkan kepribadian sifatnya..bagaimanakah lagi hendaknya untuk mendekati seorang wanita misteri ini....Penulis hampir pasrah hampir kehampaan akibat cinta yang tidak berbalas ini....apa yang dilalui Penulis, biarpun siang bawa ke malam, usaha yang tidak putus masih tidak berbuahkan hasil..

<>Kepasrahan yang jelas diluahkan dengan bermetafora bersama alam dan mengharapkan agar cinta Laila tidak akan lenyap dikalbu dan terus akan abadi meskipun jasad ini bersemadi bersama bumi...

<>akhirnya penulis menzahirkan perasaan itu dengan menerima hakikat bahawa cinta agung Laila bukanlah miliknya..biarlah Laila itu menjadi simbolik cinta yang hanya menjelma di bait mimpi mimpinya...maka cerialah penulis dari segala kerana Laila kini beraksi rindu....

*credit to abgfir coz gune photo model ko

No comments:

Post a Comment