Friday, September 3, 2010

:: SuNyi DiSiNi::

Sunyi....
Disini sungguh sunyi
jika dahulunya tatkala pagi tidak putus suara suara
kini makin tiada
dimana
dimana mereka semua?
semakin lama semakin membilang satu persatu
pergi meninggalkan disini
menuju destinasi
aku
mengapa hanya aku?
yang masih berada disini
apakah aku tidak seperti mereka
yang tiba masanya untuk meninggalkan disini
mungkin diri ini tidak bersedia
tidak bersedia untuk pergi kesana
waktu yang menghitung semakin membuatkan
diri ini rasa tertekan akan kelibat penjelmaan
namun diri ini harus pergi jua walau bagaimana
mengapa perasaan ini tidak sama seperti mereka?
kegirangan & kegembiraan untuk pergi
tidaklah seperti yang ku rasa
perasaan jenis apakah ini yang berkecamuk di hati
tatkala fajar menjelang aku rasa sepi
mungkin diri tidak diberati
nescaya aku begini
siap..
aku perlu bersiap
ketepikan saja perasaan ragu ini
capai sahaja apa segala
tinggalkan segera menuju disana
kini aku sedari...
perasaan ini amat normal bagi seorang insani
yang jauh bukan faktornya
mahupun dekat bukanlah juga
kau perlu mencari
mencari titik utama
membuatkan kau girang semula
girang seperti mereka


No comments:

Post a Comment